Thursday, July 8, 2010

salvation it is~



Ya Allah…. Seandainya telah Engkau catatkan… Dia

milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan

hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. Agar

kemesraan itu abadi… Dan Ya ALLAH… Ya Tuhanku Yang

Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup

ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Tetapi Ya

ALLAH… Seandainya telah Engkau takdirkan…. Dia bukan

miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku….

Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku

dari kekecewaan…. Serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha

Mengerti…. Berikanlah aku kekuatan… Melontar

bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja

nan merah.. Agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa

bersama dengannya… Dan Ya ALLAH yang tercinta…

Gantilah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali

yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya ALLAH Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan

takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau

takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. Kerana

Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat

hamba-Mu ini… Ya ALLAH… Cukuplah Engkau saja yang

menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat…

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini

mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah

kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku

seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia

sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan

yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah padaku keturunan

yang soleh…. Amiiinn Ya Rabbal ‘Alamiinn…

No comments:

Post a Comment